Saturday, March 13, 2010

Tolong Kembali.

*buka lampu*

malam terakhir aku di sini.
sunyi sepi masih temani aku.
masih cuba menanti keajaiban.
seperti lembu menunggu tuan nya menghidang nasi lemak kukus.
haha. =)
peribahasa seperti ini mengingatkan aku kepada penghidup harihari aku.
yeah im still using the same thing.

besok aku pulang ke sana.
jumlah jam aku hitung ku rasa belum cukup masa aku mahu habiskan di sini.
namun itu bukan masalah musibah bagi aku.
cuma satu aku mahu, kelibat dia.
hilang sudah berjuta saat.
petanda sebesar kuman masih belum aku terima.
aku sesak serabut seluruh tubuh.

soalan ini diajukan kepada anda sang pembaca.

semua dadah ada kesan sampingan kan?

pernah anda merasa kesan sampingan dalam hidup dunia anda jika seseorang yang bergelar dadah hilang secara tibatiba ?


dadah jenis apa yang mampu membuat anda semalaman bersengkang mata, memikirkan semua rasa yang pernah tercipta ?


dan di sini aku mahu kamu semua tahu.

JANGAN jauhi dadah jenis ini.

kerna hati dan jiwa kamu akan mati jika jauhi dadah jenis ini.
terlalu tinggi harga nya untuk aku katakan.
kerna ini bukan urusan jual beli.

hidup aku mahukan dia.

beri aku satu permintaan pagi ini.

pulangkan dia, berikan dia pada aku.

kembali kan dia semula.
dua hari dia pergi, hilang semua ceria hidup aku.
tolong kembali.


*tutup lampu*

0 kambeng: